Majalah Salam Indonesia

Ilmuwan Pencipta Peta Globe

Abu Abdullah Muhammad Al-Idrisi 

13

SALAM-INDONESIA.com – PERNAHKAH TERPIKIR SIAPA pencipta pertama peta bumi globe ?. Dan dia adalah ilmuwan muslim yang pertama kali melakukannya,  Abu Abdullah Muhammad Al-Idrisi.  Beliau merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup di Sicily. Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan peta berbola perak (Globe)  seberat 400 poun untuk Raja Roger II.

Globe tersebut juga lengkap dengan pembagiaan dunia kepada 7 iklim, lalu lintas perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang.

Al Idrisi lahir 1099 Masehi di Ceuta, Spanyol dan meninggal pada 1166 Masehi. Beliau juga telah beberapa kali mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat.

Tokoh Geografi kurun ke-12 ini kemudiannya menghasilkan buku Nuzhah al Musytaq fi Ishtiraq al Afaq (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Negeri-negeri).  Buku ini merupakan sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang negara Eropah, Afrika dan Asia.

Buku ini mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan cuaca negara-negara yang terdapat di dalam petanya.

Beliau juga turut menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang dihasilkan. Beberapa abad lamanya, Eropa menggunakan peta Al Idrisi. Bahkan Christopher Columbus ikut  menggunakan hasil kerja Al Idrisi ini untuk menjelajahi dunia.  (**)

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.